PRIVATE RETIREMENT SCHEME (PRS)

Skim Persaraan Swasta (PRS) – Panduan ke Skim Persaraan Swasta Sukarela di Malaysia

 
Berita tentang pelancaran Skim Persaraan Swasta pada bulan Julai 2012 telah mendapat pelbagai sambutan, tetapi apa sebenarnya PRS ini dan bagaimana skim ini boleh memanfaatkan golongan penyimpan,  pelabur, dan rakyat Malaysia?
Note : PRS berbeza dengan KWSP (skim persaraan swasta mandatori). Untuk maklumat lanjut tentang KWSP, sila rujuk artikel KWSP kami).

 Apa itu Skim Persaraan Swasta atau PRS?


Secara ringkasnya, PRS ialah satu skim pelaburan sukarela jangka panjang yang direka untuk membantu individu (atau majikan) membuat simpanan untuk persaraan mereka. Di dalam struktur persaraan Malaysia, PRS ini melengkapkan (dan bukan menggantikan) caruman mandatori yang harus dibuat ke KWSP.
Dengan adanya skim sukarela ini sebagai pelengkap KWSP, pekerja dan majikan daripada sektor swasta atau sesiapa yang bekerja sendiri boleh menyumbang ke arah persaraan mereka secara sukarela dan melalui cara yang sistematik.

Persamaan di antara PRS dan KWSP

  • Tujuan Persaraan : Kedua-dua PRS dan KWSP ditubuhkan dengan tujuan untuk menolong individu membina aset dan kewangan pada hari persaraan mereka.
  • Faedah Cukai : Pelepasan cukai (pelepasan maksima sebanyak RM6,000 untuk KWSP dan RM3,000 untuk PRS) diberi kepada semua ahli KWSP dan PRS.

PRS lwn. KWSP : Ringkasan

Perbezaan
PRS
KWSP
Jenis Sumbangan Sukarela Mandatori
Jumlah Sumbangan Tiada Had Minimum / Maksimum Had Minimum (11% Pekerja / 12-13% Majikan)
Kekerapan Sumbangan Tiada Bulanan
Sumbangan Dibayar Ke Penyedia PRS yang Dipilih Terus ke KWSP
Pelepasan Cukai Tahunan RM3,000 RM6,000
Pengeluaran Separa Daripada sub-akaun B sahaja, dan 8% penalti cukai Daripada akaun 2 sahaja, Tertakluk kepada sebab dan tiada penalti
Pemilihan Dana Pelaburan Bebas (pilih diantara penyedia PRS) Kebebasan memilih hanya untuk Amaun Separa (EPF-MIS)
Polisi Dividen Tiada Had Minimum diperuntukkan (Berganting kepada prestasi dana) Minimum 2.5% setahun

Penyedia PRS

Agen PRS terdiri daripada Institusi – Institusi Pengurusan Dana yang diluluskan oleh pentadbir PRS untuk mengendalikan dana-dana pelaburan ahli.
Sehingga 5 April 2012, terdapat lapan penyedia PRS yang diluluskan. Lapan Institusi ini adalah seperti berikut :
  • AmInvestment Management Sdn Bhd;
  • American International Assurance Bhd;
  • CIMB-Principal Asset Management Bhd;
  • Hwang Investment Management Berhad;
  • ING Funds Bhd;
  • Manulife Unit Trust Bhd;
  • Public Mutual Bhd; and
  • RHB Investment Management Sdn Bhd.
 

Ciri-Ciri PRS – Sumbangan, Pelaburan, Keuntungan, Pengeluaran

Jadual di atas menerangkan secara ringkas tentang perbezaan ciri-ciri di antara PRS dan KWSP. Dalam segmen ini, kami akan menjelaskan ciri-ciri PRS dengan lebih lanjut, jadi teruskan membaca!
Satu nota penting untuk anda, pelancaran PRS pada bulan Julai 2012 hanyalah sekadar “’soft’ launch”. Ini bermaksud, Institusi-Institusi yang diluluskan sebagai penyedia PRS masih belum dibenarkan untuk menerima ahli pelaburan. Pihak PRS juga memerlukan beberapa bulan untuk  mengembangkan idea PRS ini kepada orang ramai dan dan potensi ahli-ahli baru.

Sumbangan

Seperti yang anda tahu, perbezaan utama di antara PRS dan KWSP ialah jenis sumbangan untuk kedua-dua skim ini. PRS boleh dibuat secara sukarela sama ada melalui individu ataupun majikan. PRS tidak mengenakan nilai minima kepada pelabur (individu mahupun majikan), tetapi penyedia PRS atau pengurus dana pelaburan mungkin akan menetapkan nilai minima mengikut polisi pelaburan mereka. PRS juga tidak mengenakan tempoh masa yang spesifik atau tetap untuk melakukan pelaburan.

Pilihan Pelaburan

Dalam skim PRS ini, individu mempunyai kuasa autonomi untuk memilih penyedia PRS dan juga jenis pelaburan yang bersesuaian (sama seperti skim EPF-MIS tetapi untuk PRS pelaburan dibuat dengan keseluruhan jumlah yang dilaburkan dan bukan dengan amaun yang kecil). Ini bermaksud, jika anda mengambil keputusan untuk menjadi ahli PRS, anda boleh memilih jenis pelaburan mengikut kesesuain dan profil pulangan risiko anda sendiri. Sebaliknya, skim KWSP secara amnya menumpukan dana persaraan mereka kepada satu jenis objektif dan tetapan yang mungkin tidak mengikut kesesuain orang ramai.    
Di dalam skim PRS ini, anda juga boleh memilih untuk menyumbang kepada satu dana atau lebih (tetapi semua dana haruslah di bawah program penyedia PRS pilihan anda). Penerangan di bawah dipetik daripada Pihak Pentadbir Pencen Swasta atau PPA untuk menjelaskan proses ini:

PRS juga mempunyai pilihan dana lalai untuk ahli yang telah memilih penyedia PRS tetapi tidak memilih jenis dana yang dikehendakinya. Pilihan lalai ini dibuat mengikut  kumpulan umur yang berlainan : dana pelaburan yang agresif akan ditumpukan lebih kepada ahli-ahli muda manakala dana pelaburan yang konservatif akan ditumpukan kepada ahli-ahli yang lebih tua.

Polisi Dividen

Notis : PRS tidak mempunyai kadar dividen minima seperti KWSP (2.5% setahun) jadi apabila pelaburan anda mengalami penurunan pada satu masa,  anda mungkin akan menerima dividen yang kurang (atau tiada langsung), atau lebih teruk lagi,  nilai pelaburan anda mungkin akan merosot tanpa mengira dana anda. Polisi dividen 2.5% ini merupakan salah satu perbezaan ketara di antara KWSP dan PRS!

Manfaat

Di antara isi kandungan  Bajet 2012 ialah pelepasan cukai maksima sebanyak RM3,000 selama 10 tahun (bermula tahun 2012) yang diberikan kepada kesemua ahli (penyumbang) PRS. Pelepasan cukai yang lebih kurang sama  juga diberikan kepada semua ahli KWSP (maksima RM6,000). Jika anda merupakan ahli PRS dan pembaya cukai nilai atasan, anda boleh berjimat sehingga RM780 setahun! Selain daripada itu, pengecualian cukai juga diberikan kepada setiap pendapatan yang dijana oleh dana-dana PRS.

Pengeluaran

Sama seperti KWSP, simpanan di dalam tabungan PRS ini akan dibahagikan ke dalam dua jenis Sub-Akaun (pembahagian ini dibuat dengan tujuan untuk mewujudkan jenis pengeluaran yang berlainan sahaja, bukan untuk tujuan pelaburan) : 70% daripada wang anda akan dimasukkan ke dalam Sub-Akaun A dan 30% akan dimasukkan ke dalam Sub-Akaun B.
Keseluruhan simpanan di dalam PRS ini boleh dikeluarkan apabila seseorang itu mencapai umur persaraan (pada masa ini ditetapkan pada umur 55 tahun), kematian, atau penghijrahan.
Pengeluaran separa sebelum umur 55 tahun adalah dibenarkan, tetapi hanya boleh dikeluarkan daripada Sub-Akaun B sekali sahaja dalam setahun. Pengeluaran separa ini juga akan dikenakan penalti cukai sebanyak 8%daripada jumlah pengeluaran yang dibuat. Konsep ini berlainan dengan pengeluaran separa KWSP di mana tiada penalti dikenakan untuk pengeluaran khusus seperti pembelian rumah dan lain-lain. Untuk maklumat lanjut, bacalah artikel “Panduan KWSP” kami.

Menjadi Ahli

Mengikut PPA, anda harus menghubungi penyedia PRS secara langsung dan seterusnya memilih dana yang anda inginkan. Pada masa yang sama, anda boleh membuka akaun PPA dengan mengisi borang pembukaan akaun yang boleh didapati daripada mana-mana penyedia PRS atau daripada laman web PPA.
Pada masa ini, penyedia PRS masih belum boleh menerima permohonan daripada khayalak ramai! Mereka diberi tempoh penangguhan selama 6 bulan (bermula dari April 2012) daripada tarikh kelulusan untuk membolehkan pelaksanaan sistem-sistem yang relevan untuk tujuan PRS ini. Kami menjangka permohonan mungkin boleh dibuat sebelum tamat tahun 2012.
Walaupun  sistem untuk PRS ini masih belum berjalan dengan lancar (pada masa penulisan – Julai 2012), anda mungkin akan mendapat ringkasan tentang penyedia PRS pilihan anda serta plbagai jenis pelaburan melalui laman web PPA (jangan lupa untuk mendaftar dahulu!)

Manfaat Majikan atas Sumbangan Sukarela PRS yang dibuat untuk Pekerja?

Manfaat utama untuk majikan adalah mereka boleh memberi insentif tambahan (contoh : ansuran perubatan) untuk mengekalkan pekerja yang sedia dan juga untuk menarik minat pekerja baru dengan menawarkan sumbangan persaraan yang banyak. Selain daripada itu, majikan juga akan mendapat pengecualian cukai sehingga 19% (dikira daripada gaji asas setahun milik pekerja).

No comments:

Post a Comment