Tuesday, July 15, 2014

5 LANGKAH KUASAI EMOSI PROSPEK...


Anda perlu mengenalpasti emosi prospek yang akan membantu jualan anda.. Mesej-mesej perlu tepat menyentuh emosi mereka..

Jom ketahui 5 langkah ini..

1) Kenali produk anda

Apakah sebenarnya produk yang anda tawarkan? Selami produk anda dengan lebih mendalam. Apakah yang bakal pelanggan anda dapat dengan membeli produk anda?
Oleh itu, senaraikan ciri-ciri, kelebihan dan faedah yang ada pada produk anda.

2) Berimaginasi dan fahami bakal prospek anda

Bayangkan anda seorang pelanggan yang akan membeli suatu produk. Jadi, anda perlu mengembara dalam pemikiran bakal pembeli ini kerana sebelum kita menjual atau memujuk pelanggan untuk membeli sesuatu produk, kita harus terlebih dahulu memahami mereka.
Oleh itu, fahami apakah masalah,kehendak dan keperluan bakal pembeli anda.

3) Jalan cerita produk anda...

Susun penceritaan produk anda dengan menarik dan teratur. Masukkan mesej-mesej penting pada point tertentu. Disinilah anda boleh gunakan masalah yang di hadapi atau keperluan yang di inginkan oleh pelanggan anda dengan menyatakan kelebihan dan ciri-ciri yang ada pada produk anda.

4) Jawab segala masalah dan kebimbangan yang difikirkan oleh pembeli 

Ketakutan dan kebimbangan pelanggan inilah yang mewujudkan bantahan untuk tidak membeli sesuatu produk tersebut. Secara asasnya terdapat 3 punca kebimbangan bakal pembeli ini.

i -  Mereka takut melakukan kesilapan. Jadi, anda berikan jaminan pada mereka.

ii-  Mereka takut bahawa anda bukan orang yang benar-benar layak untuk dapatkan produk yang 
     dikehendaki. Jadi, perkenalkan siapa anda dan syarikat anda. Tunjukkan social proof.

iii- Mereka rasa tawaran anda tidak berpijak pada bumi yang nyata. Jadi, anda berikan tawaran yang
     munasabah dan nyatakan kenapa anda berikan tawaran istimewa ini. Pastikan ianya logik dan masuk 
     akal.

5) Jangan lupa sampaikan mesej dan tujuan sebenar anda 

Setelah anda berjaya menyentuh dan memainkan emosi mereka, ia masih lagi tidak akan menjanjikan sebarang jualan. Oleh itu, berikan arahan kepada mereka untuk membeli produk anda apabila mereka telah terpikat dengan janji - janji anda. Study semula tentang produk dan prospek anda sekarang dengan 5 langkah ini untuk hasilkan jualan yang lebih bagus...! 

Sumber: Facebook

No comments:

Post a Comment